Alangkah indah jika aku bisa menjadi
Seperti ombak dengan pantai
Wlaupun sentiasa ombak menghempas pantai
Pantai tetap setia di situ
Alangkah indah jika aku bisa menjadi
Seperti langit dan laut
Kerana mereka saling mencintai satu sama lain
kata orang
Langit dan laut saling mencintai kerana warnanya yang sama
Kadangkala terfikir aku untuk menjadi burung
Yang terbang bebas di awan biru
Yang dapat melihat telatah manusia
Kadangkala terfikir aku ingin menjadi kuda
Yang pantas berlari
Kerana aku ingin lari dari segalanya
Baik dari masalah mahupun kesedihan
Tetapi
Aku tetaplah aku
Yang tak bisa mengubah takdir
Hanya seorang insan yang bergelar manusia
Yang diberi akal oleh DIA
Yang mempunyai kehidupan sendiri