(: Don't judge me by past. I'm not a tomboy anymore and I'm not a lesbian :)

22 February 2015

Manusia itu

 Oip oip
Assalamualaikum

do something right, people forget
do something wrong, people always remember 

Aku terbaca ayat ni somewhere in facebook if I'm not mistaken and it was like, " hmm, that's sound true". Aku rasa bukan aku je yang fikir macam tu, tapi korang semua pun sama kan? Okay, let me prove to you. A real situation that had happen at me.

Dulu, aku bukanlah macam sekarang. Masa sekolah rendah, perangai aku macam hantu. Berkawan dengan budak laki je, kasar, ponteng fardhu ain, macam-macam lagi. Masa sekolah menengah, ponteng kelas bahasa arab, ponteng kelas tarannum, berkawan dengan budak rosak akhlak, tapi tak pernah keluar malam dan juga tak pergi melepak kat shopping complex even though kawan-kawan aku selalu keluar. Tapi tu la, dengan perangai tak semenggah aku dari sekolah rendah till aku remaja, membuatkan orang selalu fikir aku ni jahat dan takkan berubah. Yes, i was a tomboy before, but it is not mean that i will stay forever in that way. Yes, dulu perangai aku entah pape, but people change. Aku ingat lagi, sepupu aku tak bagi anak dia rapat sangat dengan aku. But then, bila aku dapat masuk matrik, then aku dapat survive kat sana, tak kena tendang keluar dari matrik. Yela, orang kita, Melayu suka sogokkan budak-budak dengan sesuatu yang kadang-kadang tak betul. Orang kata,kehidupan matrik susah. Actually, susah la kalau kau pergi sana untuk enjoy and no time for study. Aku bukan nak cakap aku budak rajin, 24 hours with books. No, im not like that even hobi aku membaca. Aku kat sana enjoy lebih daripada study. Bukan nak cakap aku budak pandai, tapi selagi kau dapat bagikan masa untuk belajar and enjoy, kau boleh habiskan study kau kat matrik. Okay then, bila sepupu aku dapat tau pulak aku dapat masuk universiti, dia dah mula okay sikit dengan aku. Pape je, tanya pendapat aku. Sebab anak dia pun nak masuk matrik. So, hal study, hal nk bagi masa, berkawan, - dia akan tanya aku. Sedangkan dulu, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, memang tak bagi rapat langsung anak dia tu dengan aku. But now, what happen dude?

Aku bukan berdendam, bukan juga mengungkit tapi mentaliti orang sekarang. Nakal sikit dah cop jahat. Nakal sikit dah cop "budak ni takkan berjaya". Nakal itu perlu untuk kau survive kat universiti, bagi aku la. Berkawan dengan budak yg perangai entah pape, bagi aku perlu untuk kau mengenal tentang kehidupan sekarang, untuk kau tarik mereka ke jalan yg betul. Takkan nak tengok anak bangsa kita makin teruk kan? Aku bukan budak baik, tapi dalam hati setiap manusia, pasti ada sedikit perasaan nak berubah kearah yg lebih baik, kan? So, jangan kita menghukum mereka, kerna dengan sikap kita yg mengabaikan mereka, mereka akan makin menjauh dan terus menjauh seterusnya kekal berada dalam kegelapan, kemusnahan. Salah siapa? bukankah kita penyebab mereka menjauh?

Dah la, aku sejak dah masuk umur 20 ni, dah pandai nak membebel. HAHA. Malas nak mengarut membebel sebab ianya takkan habis selagi kita sendiri tiada usaha. So, lets change our future.

p/s: Pedulikan mulut-mulut busuk yang hanya pandai berkata-kata tapi tak pandai menyelami kehidupan seseorang. Biarkan mereka mengenali diri kita yang 'lama', kerna masih ramai lagi yang akan mengenali kita yang 'baru'