(: Don't judge me by past. I'm not a tomboy anymore and I'm not a lesbian :)

20 May 2012

ADAM. MENGERTILAH HAWA


Hawa
Jujur aku tidak mengerti tentang hawa
Sekalipun aku juga adalah hawa
Jujur aku susah untuk memahami tentang hawa
Walau aku juga seorang hawa

Hawa
Kadang keliru kadang membisu
Kerana takut disalah tafsir
Mahu berlaku jujur
Terpalit segan
Mahu menutur kata
Bimbang hati dicemari

Hawa
Kadang cemburu melihat yang lain mendapat itu dan ini
Ketika dia di keterbatasan mampu
Kadang buntu
Mahu diceritakan, dia sendiri tidak tahu puncanya 

Hawa
Hatinya sangat rapuh
Jiwanya sangat sensiif
Matanya mudah berkaca
Kata mereka, itu tandanya lemah
Tapi bagi aku, ianya fitrah
Bukan mereka mengundang simpati
Sekadar meluahkan rasa di hati

Adam
Tidak kuceritakan semua ini untuk menyentuh hatimu
Tidak juga untuk kau memahami tentang hawa
Kerana aku juga tidak memahami diri sendiri
Tapi cukup untuk kau tahu
Hati wanita itu jangan diusik
Andai tiada ikhlas dihatimu

Coretan kata utk mereka bergelar adam
Dari wakil seorang hawa yg hanya bisa berbicara di alam maya

p/s : tiada yg bisa mengerti ttg diri ini selain yg MAHA PENCIPTA

No comments:

Post a Comment

Lepas baca tuu, tinggal2kanlah komen kat sini ye ^_^